Notis Penting : Sila Isi Penilaian Kursus (Ecevas) Sebelum Cetak Slip Peperiksaan Akhir

Adalah dimaklumkan, sebelum mencetak slip peperiksaan akhir, pelajar dikehendaki mengisi penilaian kursus Ecevas terlebih dahulu.

  • Sila Pastikan Setiap Penilaian Diisi Dengan Lengkap Dengan Menekan Butang Save & Submit.
  • Sila Lengkapkan Borang Penilaian Sebelum Mencetak Slip Peperiksaan Akhir.
  • Pelajar Yang Tidak Menyelesaikan Proses Penilaian Kursus Tidak Akan Dapat Mencetak Slip Peperiksaan Akhir.
  • Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Gantian/Khas/Tumpang/Praktikum Dikecualikan Daripada Proses Penilaian Kursus Ini.

animat lightbulb colorPanduan mengisi Penilaian Kursus Ecevas, sila klik url ini [KLIK DISINI]

 

tatacara cetak slip exam portal

Notis Pelajar Berhutang : Peperiksaan Akhir Sem Julai Sesi 2019/2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada Pelajar PJJ (tidak dapat mencetak slip peperiksaan akhir)

Adalah dimaklumkan, Tarikh Akhir Rayuan: permohonan pendaftaran kursus dan pembayaran yuran pengajian dibuka sehingga hari ini sahaja iaitu 30 Oktober 2019

Pelajar dikehendaki mengemukakan rayuan bertulis kepada Unit Pengurusan Kredit dengan menyatakan nama/matrik/masalah dihadapi/tarikh akhir jangkaan bayaran yuran/kaedah pembayaran yuran melalui emel Unit Pengurusan Kredit: upk.pace@gmail.com. Pelajar yang memohon rayuan bertulis akan dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan akhir merujuk kepada terma dan syarat Unit Pengurusan Kredit.

Hanya pelajar yang berdaftar (nama tersenarai pada senarai kehadiran peperiksaan) serta pelajar yang diluluskan oleh Unit Pengurusan Kredit sahaja dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir.

Pelajar diingatkan agar, selepas daripada Tarikh Akhir Rayuan 30 Oktober 2019, sebarang rayuan pendaftaran kursus atau apa – apa rayuan bertulis tidak diterima dan pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir.

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir, Semoga Maju Jaya. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

Makluman Penting : Sila Cetak Slip Pep. Akhir Sem Julai Sesi 2019/2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar PJJ Semester Julai Sesi 2019/2020 dikehendaki mencetak slip peperiksaan akhir melalui portal UUM masing – masing bermula 30 Oktober 2019. Sekiranya terdapat sebarang masalah/pertanyaan berkaitan pembayaran yuran pengajian, sila hubungi Unit Pengurusan Kredit secara emel upk.pace@gmail.com atau hubungi di talian pejabat : 04 – 9284644 atau telefon bimbit : 0195908547

PELAJAR YANG TIDAK MEMBAWA SLIP PEPERIKSAAN AKHIR

AKAN DIHALANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Sekian dimaklumkan, terima kasih. 

 

Makluman Penting : Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian JJ192

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER JULAI SESI 2019/2020

26 NOVEMBER 2019

[7 HARI SELEPAS TARIKH AKHIR PEPERIKSAAN AKHIR]

Sila kemukakan borang peperiksaan gantian [KLIK DISINI] (diisi dengan lengkap) beserta dokumen sokongan permohonan peperiksaan gantian

melalui emel : pace@uum.edu.my  

Pelajar yang mengemukakan borang selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.  

Seseorang calon yang gagal menghadiri semua kertas peperiksaan tanpa sebab yang dapat diterima oleh jawatankuasa pemeriksa universiti ataupun tanpa kelulusan jawatankuasa terlebih dahulu, akan dianggap gagal keseluruhan peperiksaan. 

Tarikh Akhir : Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan Akhir Sem JJ192

TARIKH AKHIR PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2019/2020 

DIBUKA SEHINGGA/SEBELUM ATAU SELEWAT – LEWATNYA PADA 30 OKTOBER 2019 (RABU)

Sila kemukakan surat rasmi permohonan pertukaran pusat peperiksaan melalui emel PACE : pace@uum.edu.my 

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima

 

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses