Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JJ202

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

  • Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 18 hingga 25 November 2020 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) :http://learning-pace.uum.edu.my  -   Persediaan Penggunaan UUMOL PACE [KLIK DISINI] - Panduan Login UUMOL PACE [KLIK DISINI]
  • Jadual Peperiksaan Akhir [KLIK DISINI] dan Senarai Kursus Pentaksiran Kerja Kursus [KLIK DISINI].  - dikemaskini 11 November 2020-
  • Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture - Ecevas bermula 20 Oktober 2020, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir pada 28 Oktober 2020(Rabu).
  • Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture - Final Examination Release Letter bermula 20 Oktober 2020 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).
  • Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture - Slip Examination UG.    

    Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut : 

    1. Para pelajar DIKEHENDAKI memuatnaik/ "upload" tugasan pentaksiran akhir melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)

    2. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan KESILAPAN SERAHAN TUGASAN melalui UUMOL PACE - pelajar dikehendaki berhubung terus dengan pensyarah kursus masing - masing untuk tindakan selanjutnya.

    3. Menu cetakan surat pelepasan Peperiksaan Akhir dibuka pada Portal UUM menu Lecture - Final Examination Release Letter PJJ - sekiranya perlu untuk salinan majikan. 

    4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian [KLIK DISINI] - Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 1 Disember 2020 (Selasa). Calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir dikehendaki meneliti keterangan berkaitan permohonan peperiksaan gantian [KLIK DISINI] sebelum membuat permohonan peperiksaan gantian. 

    5. Bagi semua kursus yang dilaksanakan secara 100% kerja kursus, permohonan peperiksaan akhir gantian dan semak semula hanya dibenarkan *bermula pada semester Oktober sesi 2020/2021 (JA202).

    Oleh yang demikian, sebarang permohonan bagi *semester JJ201, JA201, dan JJ202 adalah tidak diluluskan*. Pelajar dinasihatkan untuk *mengulang kursus* berkenaan. Bagi pelajar-pelajar yang berada dalam semester Julai sesi 2020/2021 (JJ202) diingatkan supaya memastikan bahawa serahan tugasan atau lain-lain pentaksiran akhir telah dibuat dengan jayanya kepada penyelaras kursus.

    6. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada bulan Januari 2021 kelak.

    7. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

    8.  Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan tugasan/kuiz peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut. 

    9.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

     SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR..

    Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

 

hebahan UUMOL PACE

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses