Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JA202

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

  • Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 1 hingga 8 Februari 2021 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my  -   Persediaan Penggunaan UUMOL PACE [KLIK DISINI] - Panduan Login UUMOL PACE [KLIK DISINI]
  • Jadual Peperiksaan Akhir [KLIK DISINI] dan Senarai Kursus Pentaksiran Kerja Kursus [KLIK DISINI] 
  • Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture - Ecevas bermula 11 Januari 2021, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir pada 14 Januari 2021.
  • Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2020/2021 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture - Final Examination Release Letter bermula 11 Januari 2021 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).
  • Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture - Slip Examination UG pada 14 Januari 2021.    

    Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut : 

    1. Para pelajar DIKEHENDAKI memuatnaik/ "upload" tugasan pentaksiran akhir melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)

    2. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan KESILAPAN SERAHAN TUGASAN melalui UUMOL PACE - pelajar dikehendaki berhubung terus dengan pensyarah kursus masing - masing untuk tindakan selanjutnya.

    3. Menu cetakan surat pelepasan Peperiksaan Akhir dibuka pada Portal UUM menu Lecture - Final Examination Release Letter PJJ - sekiranya perlu untuk salinan majikan. 

    4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian [KLIK DISINI] - Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 15 Februari 2021(Isnin). Calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir dikehendaki meneliti keterangan berkaitan permohonan peperiksaan gantian [KLIK DISINI] sebelum membuat permohonan peperiksaan gantian. [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

    5. Bagi semua kursus yang dilaksanakan secara 100% kerja kursus, permohonan semak semula hanya dibenarkan bermula pada semester Oktober sesi 2020/2021 (JA202).

    Oleh yang demikian, sebarang permohonan bagi *semester JJ201, JA201, dan JJ202 adalah tidak diluluskan*. Pelajar dinasihatkan untuk *mengulang kursus* berkenaan. 

    6. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan April 2021 kelak.

    7. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

    8.  Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan tugasan/kuiz peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut. 

    9.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

     SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR..

    Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

hebahan peperiksaan akhir JA202

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses