PACE logo dark

455 Pelajar Baharu Mendaftar Di Sembilan Pusat PJJ Seluruh Negara

26 JANUARI 2017 / 27 RABIULAKHIR 1438H

=====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: PACE

Gambar oleh: Abdul Halim Husain dan PACE

image004

UUM ONLINE: Seramai 455 orang pelajar baharu telah mendaftar bagi semester Januari sesi 2017/2018 di sembilan (9) pusat PJJ seluruh negara, baru-baru ini.

Pendaftaran dan lafaz ikrar pelajar PJJ bagi kemasukan baharu itu dijalankan di UUM kampus Sintok, UUM Kuala Lumpur (UUMKL), Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu.

           

Pusat PJJ UUMKL mencatat bilangan pelajar tertinggi iaitu seramai 190 orang, diikuti  UUM Sintok seramai 75 orang, Kota Kinabalu (39), Kota Bahru (38), Johor Bharu (35), Ipoh (26), Sibu (20), Kuching (18) dan Melaka seramai 14 orang.

Semua pelajar tersebut akan mengikuti empat program yang pengajian yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian.

Pada pendaftaran itu juga, pelajar diberikan taklimat dan panduan untuk mengaktifkan ‘login’ portal pelajar secara atas talian dan tatacara mengakses portal pelajar serta pendaftaran kursus secaraonline melalui telefon bimbit masing–masing dan komputer yang disediakan dalam usaha memperkenalkan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar.

Selain mengikuti taklimat program pengajian dan majlis bacaan ikrar, para pelajar turut mengikuti taklimat yang disampaikan wakil dari UUMIT, perpustakaan dan Ko-Kurikulum.

Pasangan Suami Isteri Berkorban Lima Tahun Bahagi Masa Bekerja Dan Belajar

16 NOVEMBER 2016 / 16 SAFAR 1438H

Oleh: Nordiana Shafiee

Gambar oleh: Abdul Halim Husain

UUM ONLINE: Impian sepasang suami isteri untuk menggenggam segulung ijazah bersama-sama tercapai apabila mereka menerima Ijazah Sarjana Muda mereka daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang disampaikan Pro-Canselor, Dato' Seri Amar Diraja Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr) Osman Aroff pada Majlis Konvokesyen Ke-29 UUM yang berakhir tadi.
 
Pada sesi terakhir itu, Mohamad Rosdi Yaakub, 41, dan isteri, Zurianti Mahmud, 35, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian di bawah program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).
 
Mohamad Rosdi berkata, pengorbanan mereka suami isteri selama lima tahun berkorban masa, tenaga dan wang ringgit akhirnya berbaloi dengan penerimaan ijazah itu.
Menurutnya, bekerja sambil belajar bukanlah mudah, tambahan pula dia mempunyai isteri dan juga dua anak yang perlu diuruskan serta perlu bijak mengatur masa untuk menyiapkan tugasan di tempat kerja dan belajar pada masa sama.
 
"Setiap bulan, anak-anak terpaksa ditinggalkan bersama ibu dan bapa mertua, gara-gara saya dan isteri perlu ke kelas di UUM bagi memastikan cita-cita kami untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kerjaya masing-masing.
 
"Hampir tiga tahun kami berfikir sebelum tekad untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda kerana memikirkan kekangan masa dan kewangan yang bakal dihadapi sekiranya menyambung pengajian, tambahan pula anak-anak masih kecil ketika itu," katanya yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Mohamad Rosdi berkata, dorongan ibu bapa serta majikan membuatkan dia ingin menyambung pelajaran dan secara tidak langsung ia akan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka supaya belajar hingga ke menara gading.
 
Sementara itu, Zurianti berkata, mereka berdua pernah berputus asa untuk meneruskan niat belajar di UUM apabila melihat subjek yang diambil semakin sukar dan kesibukan bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Seberang Jaya juga antara faktor.
 
Menurutnya, memikirkan semula masa depan dan dorongan yang diterima daripada keluarga dan majikan menyebabkan mereka berdua meneruskan hasrat untuk menamatkan pengajian.
 
Bagi penerima Anugerah Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB), Arizan Ahmad, 40, pengiktirafan itu sangat bermakna kepadanya kerana pengorbanannya berulang-alik dari Pulau Langkawi ke UUM setiap bulan berbalas.
 
"Walaupun sibuk dengan kerja luar, tugasan yang diberikan pensyarah tidak pernah saya abaikan dan saya mengambil masa yang ada selepas waktu bekerja untuk menyiapkan semua tugasan berkenaan.
 
"Saya berharap dengan penganugerahan ini akan membakar semangat untuk terus mencari ilmu ke peringkat lebih tinggi dan pada masa sama dapat meningkatkan kerjaya," katanya yang bekerja sebagai Penolong Penguasa Penjara di Akademi Koreksional Langkawi.
 
Arizan yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian di bawah program PJJ turut menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor, pagi tadi.
Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses