Pekin Ibrahim Rangkul Dua Anugerah Di Festival Filem Malaysia Ke-28

Pekin

UUM ONLINE: Pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi naskhah sulungnya, "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit" di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Pekin atau nama sebenar, Mohd Iznan Ibrahim, 36, yang merupakan pelajar bagi program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian (BCIM) di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) turut menggondol anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem sama.

Pekin berjaya menewaskan pesaingnya yang juga pelakon hebat bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Aaron Aziz (Suamiku Encik Perfect 10), Shahiezy Sam dan Zizan Razak (Polis Evo).

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses