Majlis Makan Malam Rai Graduan Program PJJ

16 NOVEMBER 2016 / 16 SAFAR 1438H

Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon

Gambar oleh: Abdul Halim Husain

MMM

UUM ONLINE: Graduan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing telah diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Konvokesyen ke-29 di EDC Hotels & Resorts malam tadi. 

Majlis Makan Malam Graduan PJJ 2016 itu diadakan bagi meraikan 1078 graduan PJJ UUM 2016 yang akan bergraduasi dan bakal menerima ijazah masing-masing pada sesi terakhir Konvokesyen ke-29 UUM. 

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak merakamkan ucapan tahniah kepada semua mahasiswa program PJJ yang berjaya bergelar graduan UUM. 

Menurut beliau kejayaan para graduan PJJ itu sememangnya membanggakan dan memberi motivasi kepada rakan-rakan dan saudara mara yang lain kerana cabaran menjadi pelajar program PJJ adalah lebih besar. 

"Para graduan seharusnya bergembira dengan kejayaan ini kerana jika diimbau kembali proses pembelajaran yang dilalui semasa bergelar mahasiswa, tentunya cabaran dan halangan lebih hebat telah ditempuhi terutama dalam membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pelajaran," katanya ketika berucap pada majlis tersebut. 

Tambah beliau, peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang disediakan pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan salah satu daripada agenda penting kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan dan modal insan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 

"Kerajaan menyediakan banyak peluang pembelajaran bagi memastikan rakyat dapat mengakses sumber ilmu melalui perlbagai kaedah dan pendekatan. 

Misalnya melalui inisiatif pelaksanaan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu ataupun APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning), yang menyediakan peluang  mendapatkan peluang pendidikan lebih tinggi menerusi pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan lain-lain. 

Peluang-peluang yang disediakan pihak kerajaan ini tidak seharusnya dilepaskan oleh para graduan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang dihajati," jelasnya. 

Majlis Makan Malam itu turut dihadiri Pro-Canselor, Dato’ Seri Amar Diraja Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Haji Osman Haji Aroff; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Ketua Pegawai Eksekutif Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd merangkap Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Prof Madya Dr Fairol Halim dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses