PACE logo dark

NAIB CANSELOR TINJAU HUTAN SINTOK

image005

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah meninjau hutan Sintok, pagi tadi.

Tujuan tinjauan tersebut adalah bagi melihat pengurusan hutan Sintok yang merangkumi pemuliharaan, pembelajaran, pengusahasilan, penambahbaikan dan pengawalan sumber.

Antara tempat yang turut dilawatinya termasuk kawasan air terjun Sintok yang boleh menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan eko pelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara, khususnya pencinta alam.

Turut serta Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah; Pengarah JPP, Ir Md Uzairin Saidin; Pengarah Jabatan Keselamatan, Mohd Zulkifli Mohd Noor dan pegawai kanan UUM.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses