PACE logo dark

448 PELAJAR BAHARU PJJ MENDAFTAR DI SEMBILAN PUSAT PJJ UUM SELURUH NEGARA

448 PELAJAR BAHARU PJJ MENDAFTAR DI SEMBILAN PUSAT PJJ UUM SELURUH NEGARA

ja171

UUM ONLINE: Seramai 448 pelajar baharu bagi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah mendaftar bagi semester April sesi 2017/2018 yang diadakan selama dua hari mulai 27 April lalu di sembilan pusat PJJ seluruh negara.

Sembilan pusat PJJ terlibat ialah UUM kampus Sintok, UUM Kuala Lumpur, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu serta Kuantan yang merupakan pusat PJJ baharu dibuka pada semester ini.

           

Pusat PJJ Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pelajar baharu paling tinggi iaitu seramai 170 orang, diikuti dengan Pusat UUM seramai 91 orang, Pusat PJJ Kuantan  (37), Pusat PJJ Ipoh (30), Pusat PJJ Kota Kinabalu (28), Pusat PJJ Johor Bahru (27), Pusat PJJ Kota Bharu (23), Pusat PJJ Kuching dan Sibu masing-masing seramai  21 orang.

Kesemua pelajar itu akan mengikuti tiga program pengajian yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian.

Proses pendaftaran pelajar baharu diteruskan dengan sesi taklimat cara pengaktifan login portal pelajar yang dibuat secara online melalui portal staf yang disediakan oleh UUMIT. 

Disamping itu, pelajar turut didedahkan dengan tatacara mengakses portal pelajar dan tatacara pendaftaran kursus secara online melalui telefon bimbit masing–masing serta komputer yang disediakan dalam usaha memperkenalkan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses