DISCOVER UUM 2016 TONJOL UUM DESTINASI PENGAJIAN TERBAIK

DISCOVER UUM 2016 TONJOL UUM DESTINASI PENGAJIAN TERBAIK DENGAN KONSEP EDUTOURISM DAN ECOTOURISM (23/5/2016)

UUM ONLINE: Seiring dengan Discover Kedah 2016, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kaya dengan flora dan fauna serta landskap menarik di utara tanah air tidak ketinggalan bersama-sama menganjurkan Discover UUM yang julung kali diadakan pada tahun ini.
 
Program Discover UUM 2016 ini merupakan satu platform kepada UUM untuk memperlihatkan khazanah yang terdapat di universiti ini kepada masyarakat luar dan warga UUM khususnya, selain menyerlahkan lagi aspek dimensi keusahawanan dan pengurusan UUM.
 

Dengan kekayaan hasil muka bumi yang terdapat di Sintok, khususnya UUM, program Discover UUM ini dilihat mampu menjana pendapatan universiti, selain membantu mempromosikan UUM ke peringkat serantau dan antarabangsa. 

Majlis pelancaran Discover UUM 2016 telah disempurnakan oleh Yang Berhomat (YB) Menteri Pendidikan Tinggi, Dato'  Seri Idris Jusoh di tapak burung unta, pagi tadi.
Sebelum itu, YB Menteri Pendidikan Tinggi bersama-sama Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti telah melancarkan Bulatan Masa yang merupakan mercu tanda terbaru UUM terletak di pintu hadapan masuk utama universiti, seterusnya mengadakan pemeriksaan perbarisan oleh Jabatan Keselamatan, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) UUM.
 
Kemudian, beliau dibawa menaiki bot punting menelusur sungai ala-Cambridge sambil menikmati keindahan alam sekeliling yang menjadi antara tarikan baharu UUM menuju ke tapak burung unta atau ostrich untuk acara perasmian Discover UUM.
 
Dato' Seri Idris dalam ucapan beliau merakamkan ucapan tahniah kepada UUM dan juga Naib Canselor yang digelar beliau sebagai Kapten UUM atas kejayaan merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat dunia sepanjang tahun ini, antaranya ‘'Asia Entrepreneur Of The Year - Entrepreneurial Spirit Award 2015' dan‘Heritage Brand Award’ dari Power Brand serta Golden Globe Tiger Awards.
 
"Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi ini membuktikan UUM sebagai sebuah jenama yang terkenal dan diyakini sehingga ke peringkat antarabangsa sejak penubuhannya pada 1984.
"Sejak tahun itu, UUM sudah mempunyai jenamanya tersendiri sebagai universiti pengurusan dan jenama ini akan terus dibawa dan dipupuk dengan baik," katanya.
Ujar beliau lagi, infrastruktur UUM juga lebih hebat daripada universiti terkenal dunia yang lain serta kemudahan penginapan untuk pelajar tempatan dan juga antarabangsa juga disediakan dalam keadaan selesa.
 
Pada majlis itu juga, beliau turut melancarkan Buku Discover UUM 2016 dan UUM WiFi yang mana beliau telah mengadakan persidangan video bersama wakil-wakil penduduk setempat yang menerima perkhidmatan UUM WiFi secara percuma di bawah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) UUM dan menyerahkan sijil komitmen UUM kepada wakil terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Kompleks CMart dan Taman Teja, Changlun.
 
YB Dato' Seri Idris berkata, UUM merupakan universiti awam (UA) pertama yang melaksanakan projek CSR tersebut yang mana menawarkan perkhidmatan internet dengan kelajuan 5 Gigabit per second (Gbps), antara yang terbaik di universiti-universiti dalam negara.
 
Hadir sama pada pelancaran tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Kayu Hitam, Dato' Hj Ahmad Zaini Japar; Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Dr Jalaluddin Harun; Pengarah Perhubungan Kerajaan & Hal Ehwal Korporat Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Discover UUM 2016 dan Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim.
Sementara itu, Naib Canselor UUM berkata, penganjuran Discover UUM yang berkonsepkan edutourism dan ecotourism itu selain daripada mewar-warkan tarikan yang ada di Kedah, dapat menonjolkan juga UUM sebagai destinasi pengajian terbaik.
 
Menurutnya, melalui Discover UUM 2016, diharapkan terdapat lonjakan dari segi jumlah pelajar dan pengunjung dari dalam dan luar negara, malah semua sedia maklum dengan peningkatan pengunjung akan memberi pulangan yang baik kepada masyarakat setempat dan juga negeri Kedah.
 
Katanya, objektif Discover UUM adalah untuk mempromosikan pakej edutourism UUM kepada pengunjung dari dalam dan luar negara, menjana pendapatan sebanyak RM5 juta dengan sasaran pengunjung seramai 1 juta dan menjadikan UUM sebuah universiti bersifat keusahawanan.
 
"Untuk mencapai objektif tersebut, pelbagai program dianjurkan di peringkat pusat pengajian, jabatan, institut, persatuan dan dewan penginapan pelajar.
"Program yang direncanakan untuk sepanjang tahun ini bukan sahaja melibatkan semua kakitangan, malah seramai 500 orang sukarelawan dalam kalangan pelajar turut terlibat," ujarnya.
 
Tambah beliau, pelbagai usaha akan diteruskan untuk menjadikan UUM sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan bermanfaat. Tidak hairan sekiranya ‘Resort UUM’ akan menempa nama dalam peta pelancong antarabangsa.Seterusnya, penyerahan pokok Karas dan Letter of Intent (LOI) oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Dr Jalaludin Harun dan Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias kepada Naib Canselor sebagai simbolik kepada penyerahan 25,000 pokok tersebut, diikuti penanaman pokok Karas, pelepasan 32 burung merpati dan serindit serta pemotongan riben kandang burung unta.
 
Dato' Seri Idris Jusoh turut melancarkan Manager’s Coffee iaitu projek pembangunan usahawan pelajar di bawah Institut Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (CEDI). Kafe ini bakal menjadi salah satu penjanaan kekayaan UUM di mana UUM akan menjadi francaisor kepada Manager’s Coffee dalam tempoh tiga (3) tahun.
Di Manager’s Coffee, pelajar akan dilatih menguruskan kafe tersebut dan setelah tamat pengajian, mereka berpeluang menjalankan Manager’s Coffee sebagai francaisi.
Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses