Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan program PJJ?

Borang permohonan dan keterangan lanjut berkaitan program yang ditawarkan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Pejabat PACE atau melalui pos dengan mengirim sampul surat berukuran 22.5 sm x 32 sm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 ke alamat berikut :

Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
(U.P.: Unit Kemasukan Dan Rekod)  ATAU

Permohonan juga boleh dibuat terus secara online melalui laman web berikut:
http://pace.uum.edu.my/

  • Borang permohonan secara online yang lengkap hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat PACE beserta salinan sijil-sijil akademik yang disahkan dan slip bayaran wang proses sebanyak RM100.00.
  • Bayaran wang proses boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad menggunakan SLIP BILL PAYMENT (PAYEE CODE: 340) atau melalui Wang pos RM100.00 ke atas nama "BENDAHARI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA".
  • Sila catatkan "PERMOHONAN PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS" di atas slip berkenaan semasa membuat pembayaran dan sertakan salinan slip pembayaran bersama borang permohonan.

Siapakah yang layak mendapat 50% yuran pengajian?

Pelajar yang BERHENTI atau TANGGUH PENGAJIAN dalam tempoh 60 hari yuran pengajian sebanyak 50% sahaja. Bagi pelajar berhenti yuran akan dipulangkan manakala bagi pelajar tangguh yuran akan dibawa ke semester hadapan.
(Tarikh akhir bagi tempoh 60 hari akan ditentukan oleh PACE dan dimaklumkan kepada pelajar pada awal semester).

Bolehkan pelajar tarik diri dan tangguh pengajian dan apakah implikasi terhadap kewangan?

Tarik Diri (TD) Tidak Berbayar/Berbayar
Pelajar dibenarkan tarik diri selepas daripada minggu gugur/tambah. Walau bagaimapun yuran pengajian pelajar tidak dipulangkan atau dibawa ke semester akan datang bagi TD tidak berbayar ataupun TD berbayar. Sekiranya pelajar melebihi tempoh tarik diri tidak berbayar pelajar akan dikenakan dengan tarik diri berbayar iaitu RM50.00 bagi setiap kursus ((tarikh bagi TD berbayar dan TD tidak berbayar akan ditentukan oleh PACE dan dimaklumkan kepada pelajar pada awal semester).

Penangguhan Pengajian
• Penangguhan Pengajian dalam tempoh 60 hari selepas permulaan semester, yuran pengajian hanya akan dipulangkan semula sebanyak 50% sahaja.
• Selepas 60 hari, yuran tidak akan dipulangkan.
• Tarikh akhir tangguh pengajian adalah 24 jam sebelum hari pertama peperiksaan akhir bermula.
(Tarikh akhir bagi tempoh 60 hari akan ditentukan oleh PACE dan dimaklumkan kepada pelajar pada awal semester).

Adakah program PJJ diiktiraf?

Program yang ditawarkan dalam mode PJJ adalah diiktiraf kerana ianya menggunakan struktur yang sama dengan struktur yang digunakan oleh pelajar sepenuh masa di UUM.

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses