Syarat Kemasukan PJJ Sarjana

 

PROGRAM PASCA SISWAZAH (SARJANA) MOD SEPARUH MASA

1. SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk program sarjana di bawah UUM College of Arts and Sciences dan UUM College of Law, Government and International Studies ialah:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau manamana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75; atau
  2.  Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK 2.50 dan sekurang-kurang tiga (3) tahun pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan; atau
  3. Kelulusan diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dan berumur 35 tahun; atau
  4. Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
  5. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).

Syarat kemasukan untuk program sarjana di bawah UUM College of Business bagi program ijazah sarjana selain Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) ialah:

  1. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK sekurangkurangnya 3.00; dan
  2. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).

ATAU

  1. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK sekurangkurangnya 2.75; dan
  2. Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau keputusan yang cemerlang dalam Graduate Management Admission Test (GMAT)/Graduate Record Examination (GRE); dan
  3. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).

ATAU

  1. Kelulusan diploma dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dan berumur 35 tahun atau lebih; dan
  2. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).

 

2. PROGRAM YANG DITAWARKAN

Penawaran program sarjana adalah seperti berikut :

  1. Sarjana Pengurusan Awam (UUM College of Law, Government and International Studies)
  2. Sarjana Undang-Undang Komersial (UUM College of Law, Government and International Studies)
  3. Sarjana Sains (Pengajian Strategik) (UUM College of Law, Government and International Studies)
  4. Sarjana Komunikasi Kepengurusan (UUM College of Arts and Sciences)
  5. Sarjana Pengajian Perniagaan Islam (UUM College of Business)

 

3. KULIAH DAN PEMBELAJARAN

  1. Program ini merupakan program separuh masa dengan mod kerja kursus.
  2. Kelas akan diadakan sebulan sekali pada hari Sabtu dan Ahad kecuali di Johor Bahru dan Kota Bharu iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
  3. Semester pengajian adalah trimester iaitu 3 semester setahun seperti tentatif berikut:

 

 

CADANGAN KELAS TEMPOH KELAS SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Pertemuan 1 (11 jam)

9.00 pg – 2.00 ptg

3.30 ptg – 9.30 mlm

Oktober 2017 Februari 2018 Jun 2018
Pertemuan 2 (11 jam)

9.00 pg – 2.00 ptg

3.30 ptg – 9.30 mlm

November 2017 Mac 2018 Julai 2018
Pertemuan 3 (11 jam)

9.00 pg – 2.00 ptg

3.30 ptg – 9.30 mlm

Disember 2017 April 2018 Ogos 2018

Pertemuan 4 &

Peperiksaan Akhir (9 jam)

9.00 pg – 1.00 ptg

3.30 ptg – 7.30 mlm

Januari 2018 Mei 2018 September 2018

(*Tertakluk pada pindaan)

 

 

 

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses