SARJANA
-
1. Langkawi
2. Ipoh
3. Melaka
4. Johor Bahru
5. Kuantan
6. Kota Bharu1. Kota Kinabalu
2. Kuching
3. Miri
4. Sibu
1. SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan untuk program Sarjana di bawah UUM College of Arts and Sciences (CAS) dan UUM College of Law, Government and International Studies (COLGIS) ialah:
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75; atau
Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK 2.00 hingga 2.74 dan memiliki pengalaman kerja di dalam bidang yang
berkaitan (1 tahun = PMK 0.05); atau
Kelulusan diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dan berumur 35 tahun ke atas serta memiliki sijil dan lulus APEL T7; atau
Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).
ATAU
Program Sarjana di bawah UUM College of Business (COB);
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75 (min); atau
Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK kurang daripada 2.75 dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun
pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada temuduga oleh Jawatan Kuasa Pasca Siswazah; atau
Kelulusan diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja dan berumur 35 tahun ke atas serta memiliki sijil dan lulus APEL T7; atau
Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (untuk kemasukan pelajar antarabangsa).
2. KULIAH DAN PEMBELAJARAN
Program ini merupakan program separuh masa dengan mod kerja kursus.
Empat pertemuan dalam satu semester dan kelas dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad kecuali di Johor Bahru dan Kota Bharu iaitu pada Jumaat dan Sabtu.
Semester pengajian adalah trimester iaitu 3 semester setahun
Panduan: Pembayaran melalui Bank Islam Perbankan Online.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan yuran proses sebanyak rm150.
Cara pembayaran:
Di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip bayaran bil. Di ruangan penerima bayaran kepada hendaklah diisi nama Uniutama Consultancy and Education. Nombor akaun – 02093010007784.
Sekiranya tiada cawangan bank islam berdekatan dengan anda, bayaran boleh dibuat melalui kiriman wang pos. Sila kosongkan ruangan “bayaran kepada”.
Penyerahan borang permohonan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan dengan dokumen berikut:
Bukti pembayaran yuran pemprosesan sebnyak RM150.
Borang permohonan yang lengkap.
Dua (2) keeping gambar berukuran passport dan satu (1) hendaklah dilekatkan diborang permohonan.
Bukti surat pengesahan pengalaman bekerja.
Salinan sijil ijazah yang disahkan/ kelayakan yang setaraf, transkrip akademik penuh, TOEFL/IELTS, dan sijil professional.
Salinan kad pengenalan yang disahkan.
Dua (2) salinan rujukan bagi setiap seorang.
Harap maklum bahawa surat penerimaan akan dihantar melalui email anda. Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
-
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN [KLIK DISINI]
BORANG KEMASUKAN ONLINE [KLIK SINI]
MOD PEMBELAJARAN
- Separuh masa
- Yuran pengajian :
Semenanjung - RM500/jam kredit Sabah dan Sarawak - RM550/jam kredit
Untuk maklumat lanjut email/hubungi :
Muhamad Farhan Abd Karim
Pegawai Pentadbiran
Emel: mdfarhan@uum.edu.my
Tel:014-9249391
Dr. Mawarny Rejab
Ketua Unit Sarjanna
Emel : mawarny@uum.edu.my
Tel: 012-6908088 -
BORANG TUNTUTAN PENGAJARAN[KLIK DISINI]
BORANG TUNTUTAN TUGASAN & PEMERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR [KLIK SINI]