MEMO PEMAKLUMAN ISU PENIPUAN BERKENAAN TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM tidak melantik mana-mana pihak atau persatuan untuk mengutip yuran bagi pihak kami.
Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk berwaspada dengan helah dan penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab
Bersama-sama ini dilampirkan manual kaedah pembayaran yuran pengajian bagi semua pelajar PJJ PACE UUM.
Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my
Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU, BUDI, BAKTI”
Yang menjalankan amanah,
UNIT KEWANGAN DAN PENTADBIRAN
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE),
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
YURAN PELAJAR
- Pelajar perlu mendapatkan salinan Slip Pembayaran selepas membuat bayaran dan resit perlu disimpan sebagai bukti
- Pelajar perlu membayar YURAN PENDAFTARAN sebanyak RM583.00 dan YURAN PROSES sebanyak RM100 sebelum mendaftar.
- Yuran pengajian boleh dibayar sebelum pendaftaran atau secara ansuran dalam tempoh pengajian
KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN & PENGAJIAN
1. Isi borang deposit tunai
2. No akaun: masukkan no matrik pelajar
3. Bayar kepada: PACE UUM
4. Jenis bayaran: yuran pengajian & simpan resit bayaran
BANK ISLAM ONLINE
Step 1: Pilih Payments/Services dan pilih BILLS PRESENTMENT.
Step 2: Masukkan Nombor No. Kad Pengenalan/Passport
Step 3: Pilih Biller PACE UUM (YRN/HTG)
Step 4: Klik “Pay” dan simpan bukti bayaran.
1. Bank Islam
Step 1: Pilih JOMPAY
Step 2: Pilih Account dan masukkan Amaun
Step 3: Pilih Open Biller
Step 4: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN
Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES
Step 5: Klik “Validate”> “Add to List” dan “Pay”. Simpan bukti bayaran.
2. Maybank2U
Step 1: Pilih Pay>Pay To>JomPAY
Step 2: Masukkan “Biller Code” dan tekan ENTER
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN
Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES
Step 3: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2
Step 4: Klik “Pay”. Simpan bukti bayaran
3. CIMBClicks
Step 1: Pilih Pay & Transfer>JomPAY
Step 2: Masukkan “Biller Code” dan tekan ENTER
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN
Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES
Step3: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2
Step 4: Pilih Akaun
Step 5: Klik “Yes” dan “Make Payment”. Simpan bukti bayaran.
1. Masukkan kad ATM dan pilih Bahasa
2. Masukkan No. pin
3. Pilih bank islam
4. Pilih lain-lain
5. Pilih Pembayaran bil&yuran IPT/Yuran IPT/Bill Presentment
6. Masukkan no kad pengenalan
7. Pilih : PACE UUM YRN/HTG
1. Tekan mana-mana butang
2. Pilih bahasa
3. Pilih Yuran IPT/Bill Presentment
4. Masukkan no kad pengenalan
5. Pilih: PACE UUM YRN/HTG
6. Teruskan arahan hingga
7. Simpan resit untuk rujukan