Info Terkini

CINTA PERTAMA THE MUSICAL PAPAR KISAH KEHIDUPAN PELAJAR UNIVERSITI
CINTA PERTAMA THE MUSICAL PAPAR KISAH KEHIDUPAN PELAJAR UNIVERSITI
675 MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR BAHARU PJJ PACE UUM SEMESTER OKTOBER 2017/2018
675 MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR BAHARU PJJ PACE UUM SEMESTER OKTOBER 2017/2018
BERITA HARIAN : EKSPLORASI RAMADAN SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI
BERITA HARIAN : EKSPLORASI RAMADAN SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI

CINTA PERTAMA THE MUSICAL PAPAR KISAH KEHIDUPAN PELAJAR UNIVERSITI

CINTA PERTAMA THE MUSICAL PAPAR KISAH KEHIDUPAN PELAJAR UNIVERSITI

 

UUM ONLINE:Paparan kisah kehidupan sebagai pelajar universiti berdasarkan pengalaman sebenar yang disampaikan dalam bentuk dialog dan lagu telah berjaya menarik perhatian penonton pada tayangan Cinta Pertama The Musical di Dewan Mu'adzam Shah, malam tadi.
Cinta Pertama The Musical merupakan projek khas melibatkan 38 pelajar Semester 5 Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) terdiri daripada artis dan selebriti yang kini bergelar pelajar di universiti ini.
Antara artis yang terlibat dalam pementasan muzikal arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu ialah Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Maulana, Zahid, Haziq, Akma, Aril dan Amir Syazwan.
Cinta Pertama The Musical yang memaparkan kisah mencuit hati pelajar BCIM yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti itu turut disaksikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Kisah yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu diselitkan dengan konflik antara pelajar muzik dan filem, bagaimanapun proses adaptasi, rasa kebersamaan dan cinta yang mendalam terhadap UUM berjaya menyatukan mereka.

image003

UUM ONLINE: Pendaftaran pelajar baharu Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Pusat Pengajian Profesional dan Lanjutan (PACE) semester Oktober 2017/2018 telah berlangsung pada 26 dan 27 Oktober lalu.

Semester ini mencatatkan jumlah pelajar yang paling tinggi mendaftar sepanjang tahun 2017 iaitu seramai 675 orang.

Pendaftaran berlangsung di 13 buah pusat pengajian di seluruh negeri iaitu di kampus UUM Sintok, Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Sibu, Kuching, Kuantan, Langkawi, Miri, Melaka dan Yayasan Bank Rakyat.

Antara program yang ditawarkan dalam semester ini  adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.

Ekplorasi Ramadan santuni Masyarakat Orang Asli

Find the last offers by SkyBet at www.bettingy.com BettingY.com Bonuses