HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2024/2025 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 22 September 2024 (Ahad).
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Ogos 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ242 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

