HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252) PADA 8 JANUARI 2026 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252) PADA 8 JANUARI 2026 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Julai Sesi 2025/2026 (JJ252) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 8 Januari 2026 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my ​ 
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Pelajar TIDAK MEMPUNYAI HUTANG YURAN TERTUNGGAK DIBENARKAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA.  Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 21 Januari 2026 (Rabu). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2026/207 (JJ261) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027– Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing .

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan​.

11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO251 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO251 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2025/2026 (JO251) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 25 Oktober 2025.

Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian. 

2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir). 

4.  Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM dan menduduki peperiksaan akhir melalui Sistem Peperiksaan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Posted in ODL

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada semua graduan 2025

Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk berbuat demikian dengan segera. Penyertaan anda amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti!

🎓 GRADUAN UUM 2025!
Jom sertai Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ✨

Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap, sekali gus dapat meningkatkan peratusan GE UUM.

Anda dikehendaki melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

📅 Tempoh: 14 September 2025 – 24 Februari 2026
🌐 Isi kajian di 👉 https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

Sekian, terima kasih.

PERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

PERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2025/2026 | Pusat Peperiksaan Kota Bharu pada esok hari iaitu pada 23 November 2025 ditangguhkan disebabkan faktor cuaca. 

Peperiksaan Gantian akan diadakan bagi kursus – kursus terlibat dan akan dimaklumkan kepada calon peperiksaan terlibat melalui platform hebahan PACE UUM tidak lama lagi.

Pengarah PACE