Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2023/2024

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2023/2024 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 24 Februari 2023 (Jumaat). 


Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ231 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39​ atau secara bersemuka(merujuk ketetapan Penyelaras Kursus ikut kursus masing – masing).


Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300.Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 18 Februari 2023.


Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih