DIKEMASKINI PADA 25.10.2022: HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023

DIKEMASKINI PADA 25.10.2022: HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 yang dijadualkan pada 14-21 November 2022 DIPINDA ke tarikh baharu mengikut fasa seperti berikut:

FASA PERTAMA :  14 November 2022 sehingga 17 November 2022

FASA KEDUA : 21 November 2022 sehingga 24 November 2022

Pindaan tarikh baharu Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 ini adalah untuk memberi pelepasan kepada semua pelajar PJJUUM keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke – 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November 2022 (Sabtu). 

Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 akan diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE dan E-Assessment.

Jadual Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 terkini akan dikongsikan melalui platform media sosial PACE dan laman web PACEUECSB

Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas (16 Oktober 2022), sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release  Letter bermula 15 Oktober 2022 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (26 Oktober 2022) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture – Slip Examination UG.   

 
Pelajar DIINGATKAN agar mengambil maklum perkara berikut : 

1. Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.

2. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.

3. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :  
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 1 Disember 2022. [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]–  Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya. 

4. Pelajar akan diberikan Gred F sekiranya TIDAK MENGHADIRI peperiksaan akhir kecuali kursus-kursus yang tidak memerlukan peperiksaan akhir seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej/Pusat Kokurikulum

5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Januari 2023 kelak.

6. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

7.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.