Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester April JA201

Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester JA201

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

  • Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2020/2021(JA201) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing hari ini 22 Oktober 2020 di url : https://portal.uum.edu.my
  • Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 (JA202) adalah pada 29 Oktober hingga 28 November 2020.
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada UUM Online Learning merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.
  • Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 6 – 7 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 7 – 8 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Pelajar disarankan agar membaca makluman PdP bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 [KLIK DISINI]
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan ke emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.