MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM kini sedang melakukan pemindahan data berkaitan yuran pelajar daripada sistem kewangan lama kepada sistem kewangan (FIMS) yang baharu.
Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk mengambil perhatian hal ini berikutan penyata akaun pelajar tidak dapat disemak buat sementara waktu melalui sistem portal sehingga proses pemindahan data tersebut selesai.
Namun, bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk semakan di pihak PACE. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan di talian 019-590 8547.
Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my
Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan.