PERHATIAN PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2024

PERHATIAN PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan dimuaturun pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan – Makluman Pengijazahan/Konvokesyen – Borang Semakan Kursus untuk Pelajar Semester Akhir/Borang Pengiazahan – Pilih borang pengijazahan ikut program masing – masing sebelum atau selewat – lewatnya pada 30 Julai 2024 (Selasa) secara manual di Pejabat PACE. 

PENTING :-

1. Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan lengkap dicetak melalui pos ataupun penghantaran melalui Kaunter Pejabat PACE.

2. Penghantaran borang pengijazahan melalui emel adalah tidak diterima. 

3. Panduan Pengijazahan [KLIK DISINI​

4. Tarikh Akhir Penghantaran Borang Pengijazahan : 30 Julai 2024 | Selasa di Pejabat PACE atau melalui pos di alamat seperti di bawah:

Unit Pengijazahan PACE,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah

5. Borang Pengijazahan lengkap akan diproses dan dipanjangkan kepada Unit Pengijazahan – Hal Ehwal Akademik UUM untuk dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa universiti.

6. Senarai nama pelajar semester akhir layak bergraduasi tahun 2024 akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.

7. Hebahan Tarikh Konvokesyen 2024 UUM akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih