HEBAHAN: KEMUDAHAN PENGINAPAN KEPADA PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA UUM


HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2026/2027
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2026/2027 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 11 Mei 2026 sehingga 12 Julai 2026.
Kepada pelajar hadir kuliah tetapi belum mendaftar kursus, DISARANKAN agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Mei 2026 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA261 diadakan secara dalam talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan nama pelajar tiada pada sistem kuliah dan peperiksaan sekaligus sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2026/2027 : 21 JUN 2026 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 21 JUN 2026 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA261 melalui Portal UUM adalah pada 16 Mei 2026.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus.
Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my. Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026
Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dimuat turun pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan – Makluman Pengijazahan/Konvokesyen – Borang Semakan Kursus untuk Pelajar Semester Akhir/Borang Pengijazahan – Pilih borang pengijazahan ikut program melalui laman web PACE UUM.
📣PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2026
🎓Tuan-tuan dan puan-puan yang:
1. telah ambil dan lulus semua kursus yang dicadangkan dalam struktur akademik
bagi kemasukan masing-masing.
2. telah ambil dan lulus ujian MUET (tempoh sah laku 5 tahun).
3. telah menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
🎓Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk:
1. melengkapkan borang pengijazahan. Borang pengijazahan boleh diperoleh
daripada Laman Sesawang PACE UUM.
2. merujuk Panduan Pengijazahan dipautan di lampiran :
bagi mengisi borang tersebut.
3. cetak dan menyerahkan borang pengijazahan di Kaunter Pejabat PACE
Waktu Pejabat | Ahad – Rabu waktu pejabat tamat jam 5.00 petang | Khamis
waktu pejabat tamat jam 3.30 petang; atau di pos kepada alamat berikut:
📝Unit Pengijazahan PACE,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, 06010
Sintok, Kedah.
PENTING :-
1. Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan lengkap dicetak melalui pos ataupun penghantaran melalui Kaunter Pejabat PACE.
2. Penghantaran borang pengijazahan melalui emel adalah tidak diterima.
3. Panduan Pengijazahan klik url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/Panduan-Pengijazahan-Pelajar-PACE-2024.pdf
4. Borang Pengijazahan lengkap akan diproses dan dipanjangkan kepada Unit Pengijazahan – Hal Ehwal Akademik UUM untuk dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa universiti.
5. Senarai nama pelajar semester akhir layak bergraduasi tahun 2026 akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.
6. Hebahan Tarikh Konvokesyen 2026
UUM akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2026/2027 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 03 Mac 2026 (Selasa) sehingga 17 Mac 2026.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 12 Mac 2026 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ261 diadakan secara dalam talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Terima kasih.
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 MAC 2026 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ261 melalui Portal UUM adalah pada 28 Februari 2026.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my. Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.