PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada semua graduan 2025

Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk berbuat demikian dengan segera. Penyertaan anda amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti!

🎓 GRADUAN UUM 2025!
Jom sertai Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ✨

Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap, sekali gus dapat meningkatkan peratusan GE UUM.

Anda dikehendaki melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

📅 Tempoh: 14 September 2025 – 24 Februari 2026
🌐 Isi kajian di 👉 https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

Sekian, terima kasih.