TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar Program ODL dihormati,
Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACE UUM.
1.Borang Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 12 Februari 2025 (Rabu).[Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]
2.Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
Permohonan selepas tarikh akhir permohonan tidak diterima.
3.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
