HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO252 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan mock final exam dan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2026/2027(JO252) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letterbermula 13 Jun 2026 hingga 13 Ogos 2026 melalui Portal UUM.
Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Mock Final Exam dan Peperiksaan Akhir di url: https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter untuk rujukan majikan (jika perlu).
Pelajar DISARANKAN agar menghadiri 2 kali mock final exam sebelum menduduki peperiksaan akhir sebenar.
Nota Penting :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki mock final examination III dan peperiksaan akhir secara atas talian.
2. Pelajar akan diberikan Gred F sekiranya TIDAK MENGHADIRI peperiksaan akhir kecuali kursus-kursus yang tidak memerlukan peperiksaan akhir seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej/Pusat Kokurikulum walaupun markah tugasan adalah lulus.
3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir).
5. Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM dan menduduki peperiksaan akhir melalui Sistem Peperiksaan.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.


