TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2021/2022


TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2021/2022
 – 3 OKTOBER 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 Oktober 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Muat Turun Dokumen –  klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.