TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024: 31 JANUARI 2024 (RABU)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024: 31 JANUARI 2024 (RABU)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan : Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan yuran semester semasa DUA MINGGU sebelum Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2023/2024.  

Adalah dimaklumkan, sekiranya calon peperiksaan hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 31 Januari 2024(Rabu) melalui emel PACE
: pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursudipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat Peperiksaan PJJ berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Notis Hebahan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2023/2024 pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. 

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.