TERKINI: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 yang dijadualkan pada 14-21 November 2022 DIPINDA ke tarikh baharu mengikut fasa seperti berikut:
FASA PERTAMA : 14 November 2022 sehingga 17 November 2022
FASA KEDUA : 21 November 2022 sehingga 24 November 2022
Pindaan tarikh baharu Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 ini adalah untuk memberi pelepasan kepada semua pelajar PJJUUM keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke – 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November 2022(Sabtu).
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2022/2023(JJ222) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2022 (Jumaat).
Nota Tambahan :
- Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 14 hingga 21 November 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/
- Jadual Peperiksaan akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
- Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [14 – 21 Oktober 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
- Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

