HEBAHAN KEPADA PELAJAR MOD ODL : PENGGUNAAN PERANTI KEDUA BAGI PEPERIKSAAN AKHIR DALAM SISTEM SECONA
HEBAHAN KEPADA PELAJAR:
PENGGUNAAN PERANTI KEDUA BAGI PEPERIKSAAN AKHIR DALAM SISTEM SECONA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Susulan daripada pemerhatian dan pengawasan Peperiksaan Akhir JO251 (Sesi Oktober 2025/2026), pihak PACE diminta untuk memperkukuhkan lagi pengawasan peperiksaan akhir dalam talian.
Berikutan itu, semua pelajar Program Sarjana Muda Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) mod separuh masa DIWAJIBKAN untuk menyediakan peranti kedua sebagai pelengkap kepada peranti utama.
• Peranti utama (laptop/komputer) digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan melalui sistem SecOnA.
• Peranti kedua (telefon pintar/tablet) bertindak sebagai sebagai kamera pemantauan kedua bagi memastikan integriti peperiksaan dalam talian dipatuhi serta mengurangkan risiko kecurangan akademik.
Panduan lanjut akan diberikan semasa sesi “mock” peperiksaan yang pertama.
Kerjasama tuan / puan amat dihargai bagi melancarkan proses peperiksaan mengikut Peraturan Peperiksaan Akhir Univeriti Utara Malaysia.
Sekian untuk makluman.
Terima kasih.
Unit Peperiksaan
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia

