SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG) KINI DIBUKA | GRADUATE TRACER STUDY SYSTEM (SKPG) IS NOW OPEN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
π Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua bakal graduan PACE UUM!
Dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen UUM Ke-39 Tahun 2026 akan berlangsung pada 15 hingga 19 November 2026.
Untuk makluman, Sidang Pelajar PACE bagi Sesi 9 (Petang) akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
ποΈ Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)
β° Masa: 1.30 petang β 5.30 petang
ποΈ Sidang: Sesi 9 (Petang) β Pelajar PACE
Graduan dinasihatkan untuk hadir lebih awal dan memastikan jubah konvokesyen dipakai dengan lengkap sebelum memasuki dewan.
β’ 4β15 Oktober 2026 β Pengesahan kehadiran konvokesyen dan sesi peminjaman jubah melalui aplikasi UUMConvo.
β’ 21 Oktoberβ19 November 2026 β Semakan nombor kerusi graduan melalui UUMConvo.
β’ 27 Oktoberβ3 November 2026 β Peminjaman jubah graduan.
β’ 15β19 November 2026 β Majlis Konvokesyen UUM Ke-39.
β’ 15β23 November 2026 β Pemulangan jubah di Bilik Jubah, Dewan Tan Sri Othman (DTSO).
β’ Mulai 24 November 2026 β Pemulangan jubah di Jabatan Hal Ehwal Akademik dan caj lewat RM10 sehari akan dikenakan.
π Etika Pakaian Graduan dan Tetamu
Graduan dan tetamu diminta mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.
π Rujuk Etika Pakaian Graduan & Tetamu
π Hebahan dan maklumat lanjut mengenai Konvokesyen UUM Ke-39:
Laman web HEA UUM – Convocation
π Sekali lagi, tahniah kepada semua bakal graduan PACE UUM.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan selamat bergraduasi! πππ





TATACARA LOGIN PORTAL UUM
UUM Student Satisfaction and Happiness Survey 2026
23 Ogos 2026 – 5 September 2026
1. π Layari Portal UUM : https://portal.uum.edu.my/
2. π Masukkan UUM User ID & Password
3. π Pilih UUM Student Satisfaction and Happiness Survey 2026
4. βοΈ Jawab semua soalan berdasarkan pengalaman anda
5. β Semak jawapan dan klik Submit / Hantar



KAJIAN KEPUASAN DAN KEGEMBIRAAN PELAJAR UUM TAHUN 2026
Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang menjalankan bancian kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan Tinjauan ini hanya akan mengambil masa 5 hingga 7 minit masa pelajar.
Maklum balas pelajar terhadap tinjauan ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan di UUM. Maklumat tinjauan ini tidak akan dikeluarkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran UUM.
Tinjauan ini wajib dijawab oleh semua pelajar UUM.Β
Terima kasih di atas kerjasama anda!
========================
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Malaysia
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2026/2027 : 20 SEPTEMBER 2026 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat β lewatnya pada 20 September 2026 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ262 melalui Portal UUM adalah pada 23 Ogos 2026.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus.
Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing β masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian β borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar β Program Separuh Masa β Muat Turun β Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my. Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.