Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjiian Pinjaman PTPTN

Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjiian Pinjaman PTPTN

Berikutan dengan  pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 mulai 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020, 7 April 2020 dan 12 Mei 2020 dilanjutkan sehingga 14 Jun 2020. Dokumen tersebut boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)Atau2. Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran yang beroperasi (sila rujuk Portal PTPTN untuk mengetahui Pejabat PTPTN Cawangan yang beroperasi).

Tarikh Akhir : Permohonan Peperiksaan Pertengahan Semester Gantian Bagi Semester April Sesi 2020/2021

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2020/2021 : 25 JULAI 2020 (SABTU)

  • Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Julai 2020 (Sabtu).
  • Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE : www.pace.uum.edu.my pada menu Pelajar –  Sarjana Muda – Muat Turun – Muat Turun Borang Unit Peperiksaan/Praktikum/Pengijazahan – klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
  • Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.Sekian dimaklumkan. terima kasih.