Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 18 Februari 2024 (Ahad) sehingga 10 Mac 2024. 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 15 Februari 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ241 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. ​

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.