MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

  • Pastikan semua pelajar telah mendaftar kursus selewat – lewatnya pada 5 Ogos 2021 (Khamis) agar TIDAK DIHALANG untuk menduduki peperiksaan akhir pada 11 – 18 Ogos 2021 melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
  • Pelajar yang telah berdaftar kursus mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.
  • Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan dikeluarkan pada bulan Oktober 2021 kelak.
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

Makluman Penting : Tarikh Akhir Semak Semula JJ211

Makluman Penting : Tarikh Akhir Semak Semula JJ211

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Januari Sesi 2021/2022
– 25 Julai 2021 (Ahad) – 

Adalah dimaklumkan, permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 :
tentang cadangan:
1) Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
2) Bayaran untuk semakan semula adalah RM75.00 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
3) Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021(201)

RALAT: HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022 (JJ211)

RALAT: HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022 (JJ211)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 (JJ211) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 11 Julai 2021 (Ahad) jam 3.00 petang di url : https://portal.uum.edu.my

Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya.

Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/04/MANUAL-KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-PACE-UUM.pdf

Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.  

Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Julai Sesi 2021/2022(JJ212) adalah pada 23 Julai 2021 sehingga 17 September 2021 melalui Portal UUM. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada Online Learning PACE merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.

Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 6 hingga 7 Ogos 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan  7 hingga 8 Ogos 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).

Pelajar dinasihatkan agar mengambil maklum hebahan lanjut berkaitan pengkuliahan Semester Julai Sesi 2021/2022 seperti di url ini : : https://pace.uecsb.com.my/pemakluman-pelaksanaan-pembelajaran-dan-pentaksiran-secara-dalam-talian-bagi-semester-julai-sesi-2021-2022-jj212

Berkaitan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk rekod Unit Kewangan selanjutnya.  

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

SELAMAT MAJU JAYA.