HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023 (JJ221)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023 (JJ221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023 (JJ221)

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2022/2023 (JJ221) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 3 Julai 2022 (Ahad) jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my
  2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
  4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
    • Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
  5. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
  6. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
  7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
    • Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 17 Julai 2022 (Ahad).
  8. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
  9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Julai Sesi 2022/2023 merujuk hebahan rasmi melalui laman web PACEUECSB menu Pengkuliahan dan Praktikum – Pemakluman Pelaksanaan Pembelajaran dan Pentaksiran secara dalam Talian bagi Semester Julai Sesi 2022/2023 (JJ222) adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/pemakluman-pelaksanaan-pembelajaran-dan-pentaksiran-secara-dalam-talian-bagi-semester-julai-sesi-2022-2023-jj222 
  10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uecsb.com.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
  11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2022/2023(JA221) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Julai 2022 (Jumaat).    

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 15 hingga 24 Ogos 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39
  2. Jadual Peperiksaan akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
  3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [15  – 22 Ogos 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 
  4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  


    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

NOTIS PENTING: HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

 

 HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS)
SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula

17 Julai hingga 24 Ogos 2022.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.

Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAKLUMAN PEPERIKSAAN : PANDUAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

MAKLUMAN PEPERIKSAAN


PANDUAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI
SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati

Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 pada 15 hingga 24 Ogos 2022 adalah melalui platform UUM Online Learning PACE atau E- Assessment. Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.

Bersama – sama ini disampaikan Panduan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir seperti di lampiran untuk perhatian pelajar selanjutnya.

Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACEUECSB.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”


Unit Peperiksaan
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia