
MAKLUMAN PRAKTIKUM
PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi pelajar yang akan menjalani praktikum pada Semester Oktober Sesi 2022/2023 adalah pada 03 Oktober 2022 (Isnin).
Sehubungan itu,pelajar yang ingin membuat permohonan menjalani praktikum boleh mendapatkan borang tersebut di website pace https://pace.uecsb.com.my. Borang permohonan yang diisi lengkap boleh dihantar ke email nor.amirah@uum.edu.my untuk diproses.
Bagi pelajar yang membuat permohonan menjalani praktikum selepas tarikh akhir 03 Oktober 2022 (Isnin), permohonan akan diproses pada semester seterusnya (Semester April 2023/2024).
Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”