NOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) – SEMAKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2022 YANG TELAH DISAHKAN SENAT DAN LAYAK BERGRADUAT
Tarikh : 23 November 2022



Tarikh : 23 November 2022
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Disember 2022 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester.
Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 November 2022(Jumaat)
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA222 melalui Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.