Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2023/2024
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2023/2024
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2023/2024 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 24 Februari 2023 (Jumaat).
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ231 melalui Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39 atau secara bersemuka(merujuk ketetapan Penyelaras Kursus ikut kursus masing – masing).
Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300.Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 18 Februari 2023.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024: 25 MAC 2023(SABTU)
TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024 : 25 MAC 2023 (SABTU)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Mac 2023 (Sabtu).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus.
Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.
- Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ – klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
- Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
- Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.