HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2023/2024(JA231) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 15 Oktober 2023 (Ahad) jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 29 Oktober 2023 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2023/2024 : Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Oktober sesi 2023/2024 (JA232) menu Pengkuliahan dan Praktikum.
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024: 16 OKTOBER 2023 (ISNIN)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024: 16 OKTOBER 2023 (ISNIN)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, sekiranya calon peperiksaan hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 16 Oktober 2023 (Isnin) melalui emel PACE : pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.
Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut :
1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan. [Jadual Waktu Peperiksaan Akhir akan disiarkan pada laman web PACE UUM pada Pertemuan IV nanti].
2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat Peperiksaan PJJ berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk hebahan seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/notis-hebahan-tarikh-baharu-peperiksaan-akhir-semester-julai-sesi-2023-2024
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
NOTIS HEBAHAN : TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2023/2024
NOTIS HEBAHAN : TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2023/2024
ETIKA PAKAIAN & JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR
LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PJJ UUM
MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-36
MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-36
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia untuk graduan 2023 adalah pada 19 hingga 23 November 2023 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok.
Setinggi-tinggi syabas dah tahniah kepada para graduan.
Maklumat terperinci mengenai sesi dan program akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Hebahan rasmi berkaitan Majlis Konvokesyen ke – 36 Universiti Utara Malaysia sila layari laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM menu Undergraduate – Convocation di capaian : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


