HEBAHAN PENTING : PANDUAN PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN PJJ UUM MELALUI APLIKASI UUMCONVO BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-36 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEBAHAN PENTING : PANDUAN PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN PJJ UUM MELALUI APLIKASI UUMCONVO BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-36 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

TAHNIAH GRADUAN PJJ UUM 

PANDUAN PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN PJJ UUM MELALUI APLIKASI UUMCONVO BAGI MAJLIS KONVOKESYEN KE-36 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERMULA 8 – 23 OKTOBER 2023 MELALUI APLIKASI UUMCONVO VERSI 3.3.0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Graduan PJJ UUM dihormati,

  1. Tarikh Pengesahan Kehadiran Konvokesyen ke – 36 Universiti Utara Malaysia bermula 8 hingga 23 Oktober 2023 melalui Aplikasi UUMConvo dimuat turun melalui Google/Apple Store. Sila pastikan anda muat turun apps yang terkini (versi 3.3.0).
  2. Hebahan lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen UUM, klik : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation
  3. Semak senarai nama graduan di laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) di http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation menu Bachelor atau klik : https://drive.google.com/file/d/1ZyuQCJgmL-GpVVG4Eew_Dfsd6HF1clOY/view?usp=drivesdk

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

PROGRAM “SEKOLAHKU SEJAHTERA” ANJURAN PELAJAR PACE UUM

PROGRAM “SEKOLAHKU SEJAHTERA” ANJURAN PELAJAR PACE UUM

Program “Sekolahku Sejahtera” Serlahkan Keceriaan pada Wajah Guru dan Pelajar Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Perlis.

Seramai 30 pelajar PACE UUM dari Kampus Induk UUM serta kerjasama Pasukan RELA bergabung tenaga menjayakan program Pembangunan Kemasyarakatan IV bagi semester ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1. Senamrobik

2. Paluan Kompang

3. Ceramah Motivasi

4. Gotong – Royong

5. Pertunjukan Keselamatan Abang Bomba

6. Pertandingan Kelas Tercantik

Program ini ditaja oleh Empezar Recources, PIBG Sekolah, UECSB, Kelubi WTF Enterprise, YB Ghazali, BIMB, Amanah Warisan, MAIPS, Tekap Dezny Trading, YB Francis, Mokti’s dan lain – lain lagi.

Prof. Madya Dr. Herman Shah bin Anuar, Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia(UUM) telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.Tahniah diucapkan di atas kesungguhan semua peserta yang terlibat memastikan program ini berjalan lancar dan bermakna.

Sekian.

PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN BERSAMA DAPUR PASAK

PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN BERSAMA DAPUR PASAK

Seramai 16 sukarelawan dari jurusan Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam BIFB serta Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) yang terdiri daripada Semester 3, 4 dan 5 merupakan pelajar Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) Universiti Utara Malaysia telah menyertai misi sukarelawan agihan bakul makanan barang keperluan asas di PPR Desa Rejang pada 25 September 2023 yang lalu. Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada 16 pelajar dan 3 orang sukarelawan dari Dapur Pasak . Fokus bantuan agihan bakul makanan ini adalah untuk orang OKU yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Pelajar UUM telah berkerjasama dengan Dapur Pasak dalam menjayakan program pengagihan bakul makanan ini. Dapur Pasak ialah satu badan kebajikan, yang digerakkan oleh anak muda, dalam membantu rakyatMalaysia di serata negeri yang memerlukan bantuan dari segi makanan mahupun barang keperluan. Bantuan ini telah diketuai oleh Encik Mursal Rasid iaitu Pengarah Program dan juga Pengarah Dapur Pasak En Shakir Mustafa. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendedahan bekerja dengan NGO, yang boleh membantu mereka membangunkan perspektif yang lebih terbuka. Di samping itu, penglibatan dengan NGO juga boleh memupuk semangat kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang kuat dalam kalangan pelajar, sambil mengekalkan tumpuan kepada akademik.

Penyertaan pelajar PJJ UUM dalam program ini telah dibimbing oleh Dr Zulhairi Zakariah, Pensyarah Pembangunan Masyarakat VKMB III. Saran beliau agar program seumpama ini perlu diteruskan, melibatkan pelajar universiti yang bukan sahaja boleh menyumbang sebagai sukarelawan, malah menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan kurang upaya.

Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar kepada dunia kesukarelawanan melalui penjagaan masyarakat yang kurang berkemampuan. Pengarah Program En Mursal Rasid berkata program ini telah membolehkan beliau dan ahli pasukan meningkatkan semangat kerjasama sesama ahli pasukan dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan serta menguji kesukarelawanan sebenar para pelajar apabila menghadapi pelbagai cabaran sepanjang melaksanakan misi bantuan tersebut.