HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER APRIL 2024/2025 (JA241) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER APRIL 2024/2025 (JA241) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025

Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.

KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR

A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU

K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN

C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati, Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Januari Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 22 April 2024 (Ahad).

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2024/2025 Program Separuh Masa PACE akan diadakan pada 24 hingga 29 Mei 2024 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PACE UUM.


2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025: 28 APRIL 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025:  28 APRIL 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan :Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran

Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 April 2024(Ahad) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat  Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu  Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan  dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 (JA232)

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 (JA232)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2023/2024 (JA232) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 18 April 2024 (Khamis) jam 10.00 pagi di url: https://portal.uum.edu.my

PENTING:

– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi 
setiap semester.

– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar 
tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal 
UUM.

– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata 
kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 2 Mei 2024(Khamis).  Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester April Sesi 2024/2025 (JA241): Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing. 

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan

11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEISTIMEWAAN KAD DEBIT RHB mySiswa

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEISTIMEWAAN KAD DEBIT RHB mySiswa

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar program separuh masa PACE UUM jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian (B.Comm[Hons]), iaitu Encik Zain Azman bin Muhamad @ Mat Nusi di atas kemenangan meraih IPad berharga RM7000 sempena kempen keistimewaan kad Debit RHB mySiswa di Kuala Lumpur. Semoga kemenangan ini di manfaatkan dengan baik.


PUSAT PENGAJIAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
20 MAC 2024

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN SEMULA KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN SEMULA KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan Peperiksaan Semula kursus SSZK2003 Penyelidikan Sains Sosial bagi Semester Oktober Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 4 hingga 16 Mac 2024 (pelajar mendaftar kursus Semester Oktober Sesi 2023/2024 sahaja). 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.