MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-37

MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-37

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Utara Malaysia untuk graduan 2024 adalah pada 10 hingga 14 November 2024 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada para graduan.

Maklumat terperinci mengenai sesi dan program akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Hebahan rasmi berkaitan Majlis Konvokesyen ke – 37 Universiti Utara Malaysia sila layari laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM menu Undergraduate – Convocation di capaian : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

Mohon rujuk Panduan Ringkas Pengesahan Kehadiran Graduan UUM dan Manual Penggunaan Aplikasi UUMCONVO.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 29 September 2024 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2024/2025 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 22 September 2024 (Ahad).


Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Ogos 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ242 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.