PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2025
PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2025
HEBAHAN: PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTERJULAI SESI 2025/2026
HEBAHAN: PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTERJULAI SESI 2025/2026
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR
HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO242 MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO242 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2025/2026 (JO242) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 13 Mei 2025.
Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian.
2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir).
4. Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM dan menduduki peperiksaan akhir melalui Sistem Peperiksaan.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER APRIL SESI 2025.2026 | JO242
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER APRIL SESI 2025.2026 | JO242
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 19 Mei 2025 (Isnin) sehingga 30 Julai 2025.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Mei 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA251 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 : 22 JUN 2025 | AHAD
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 : 22 JUN 2025 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 Jun 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA251 melalui Portal UUM adalah pada 16 Mei 2025.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.