TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD)

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD) 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Disember 2022 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM. 

  • Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
  • Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
  • Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

​Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 November 2022(Jumaat)


  Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA222 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 27 November 2022.
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelajar dihormati,

Seperti perancangan universiti jangkaan tarikh Majlis Konvokesyen UUM ke – 35  akan diadakan pada bulan  14 – 18 Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar PJJ UUM semester akhir dikehendaki mengambil perhatian makluman penting seperti di bawah : 

TARIKH AKHIR SERAH BORANG PENGIJAZAHAN TAHUN 2023 : 3 NOVEMBER 2022 | KHAMIS 

Pelajar dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dengan mengemukakan dokumen seperti berikut melalui emel pace@uum.edu.my :

Borang pengijazahan boleh dimuat turun melalui laman web PACEUECSB menu Pengijazahan ​

1. Salinan keputusan MUET.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Salinan keputusan peperiksaan akhir dari Semester 1 hingga Semester Akhir.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.