HEBAHAN: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023(JJ222)

HEBAHAN: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023(JJ222)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2022/2023(JJ222) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2022 (Jumaat).    

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 14 hingga 21 November 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/
  2. Jadual Peperiksaan akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
  3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [14  – 21 Oktober 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 
  4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  


    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKEYSEN KALI KE 34

 

 NOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


HEBAHAN MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKESYEN KALI KE 34

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi menghargai kejayaan menamatkan pengajian. Bagi tujuan pelaksanaan Majlis Konvokesyen ke-34 pohon semua graduan 2021untuk mengambil tindakan berikut:

  1. Membuat semakan nama graduan 2021 & sesi konvokesyen melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA)(http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUM CONVO versi Bahasa Melayu mulai 6 Oktober 2022 seperti di url ini [KLIK DISINI]
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Kali Ke 34 melalui aplikasi UUM CONVO mulai 6 Oktober 2022 hingga 16 Oktober 2022.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sekian, harap maklum.


Pejabat Timbalan Naib Canselor ​
(Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Utara Malaysia


5 Oktober 2022

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 (JA221) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 10 Oktober 2022 (Isnin) di url : https://portal.uum.edu.my
  2. Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran sepenuhnya agar tidak dihalang semasa membuat semakan keputusan peperiksaan akhir melalui Portal UUM menu Academic – Result – Examination Result UG. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
  4. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
  5. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
  6. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 25 Oktober 2022(Selasa). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
  7. Kalendar Akademik Semester Oktober Sesi 2022/2023, seperti di klik url ini :https://drive.google.com/file/d/1-3JC90TZRnLd7layVd4VZui_8KKf_ph4/view?usp=drivesdk
  8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2022/2023 akan dimaklumkan pada masa terdekat.
  9. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

MEMO PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PADA SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023

MAKLUMAN PRAKTIKUM


PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi pelajar yang akan menjalani praktikum pada Semester Oktober Sesi 2022/2023 adalah pada 03 Oktober 2022 (Isnin).

Sehubungan itu,pelajar yang ingin membuat permohonan menjalani praktikum boleh mendapatkan borang tersebut di website pace https://pace.uecsb.com.my. Borang permohonan yang diisi lengkap boleh dihantar ke email nor.amirah@uum.edu.my untuk diproses.

Bagi pelajar yang membuat permohonan menjalani praktikum selepas tarikh akhir 03 Oktober 2022 (Isnin), permohonan akan diproses pada semester seterusnya (Semester April 2023/2024).

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 : 2 OKTOBER 2022(AHAD)

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 : 2 OKTOBER 2022(AHAD) 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 2 Oktober 2022(Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran Pensyarah masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM. 

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima. 

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Julai Sesi 2022/2023

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Julai Sesi 2022/2023


Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 26 Ogos 2022(Jumaat)

👉  Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ222 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak sebelum 10 September 2022
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.