Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus Semester Oktober Sesi 2021/2022

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Oktober Sesi 2021/2022

– 25 April 2022 (Isnin) – 

Adalah dimaklumkan, Permohonan Semak Semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 

Tentang cadangan dan bersetuju :

  1. Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus. 
  2. Bayaran untuk semakan semula adalah RM75 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini. 
  3. Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021 (201)​

Pelajar tidak hadir Peperiksaan Akhir/Pentaksiran Akhir tidak layak memohon semak semula kursus

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)

HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS)
SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula

17 April hingga 24 Mei 2022.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.

Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)

CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Januari Sesi 2022/2023(JJ221) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 April 2022 (Jumaat)    

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 17 hingga 24 Mei 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.

  3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [17  – 24 Mei 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

  4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  


    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)​

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)​

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022 (JA212) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 10 April 2022 (Ahad) jam 3.00 petang di url : https://portal.uum.edu.my

  2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.

  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

  4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
    • Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

  5. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

  6. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

  7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
    • Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 25 April 2022(Isnin).

  8. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

  9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester April Sesi 2022/2023 merujuk hebahan rasmi melalui laman web PACEUECSB menu Pengkuliahan dan Praktikum – Pemakluman Pelaksanaan Pembelajaran dan Pentaksiran secara dalam Talian bagi Semester April Sesi 2022/2023 (JA221) adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/pemakluman-pelaksanaan-pembelajaran-dan-pentaksiran-secara-dalam-talian-bagi-semester-april-sesi-2022-2023-ja221/

  10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

HEBAHAN PENTING : SIJIL DIGITAL ANUGERAH DEKAN BERMULA TAHUN JANUARI 2021

HEBAHAN PENTING : SIJIL DIGITAL ANUGERAH DEKAN BERMULA TAHUN JANUARI 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, Sijil Anugerah Dekan secara cetakan digital akan diedarkan melalui emel pelajar UUM bukan alamat emel alternatif bermula Semester Januari Sesi 2021/2022 dan seterusnya.

Sehubungan dengan itu, urusan permohonan pos sijil anugerah dekan secara fizikal tidak disediakan.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

📣 LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1. Sesi Pengambilan Jubah Graduan Tahun 2020 :

Tarikh pengambilan jubah adalah bertempat di Bilik Jubah tingkat bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO) bermula 20 Februari 2022 sehingga 19 Mac 2022.

2. Sesi Pemulangan Jubah Sidang PACE UUM:

Semua Graduan PACE UUM dikehendaki memulangkan jubah semasa keluar dewan pada sesi tamat sidang PACE UUM dalam Majlis Konvokesyen iaitu pada 19 Mac 2022 sebelum keluar Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

3. Marshall majlis konvokesyen akan membantu graduan semasa pemulangan jubah bertempat di Dewan Teater Eksperimen (belakang Dewan Mas), UUM Sintok.

4. Sidang Graduan PJJ dan Kerjasama PACE UUM :

19 Mac 2022 (Sabtu)

– Sesi Pagi

Jam 7.00 pagi – 12.30 tengahari

Graduan Program BPM(Hons)

-Sesi Petang

Jam 1.30 petang – 6.30 petang

Graduan Program BBA(Hons), BComm(Hons) & BIFB(Hons)🎓TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua graduan tahun 2020.🎓

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023

–3 APRIL 2022(AHAD) –

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 April 2022(Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.