HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 November 2024 (Isnin) sehingga 20 Januari 2025.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 19 November 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA242 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my   atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 (JJ242)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 (JJ242)

PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2024/2025

Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.

KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR

A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU

K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN

C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025 (JA241) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 10 Oktober 2024 (Khamis) jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my​ 

PENTING:

– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi 
setiap semester.

– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar 
tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal 
UUM.

– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata 
kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf


6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 23 Oktober 2024 (Rabu).
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2024/2025 (JA242) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing.  

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan​

11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-37

MAKLUMAN – MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-37

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Utara Malaysia untuk graduan 2024 adalah pada 10 hingga 14 November 2024 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada para graduan.

Maklumat terperinci mengenai sesi dan program akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Hebahan rasmi berkaitan Majlis Konvokesyen ke – 37 Universiti Utara Malaysia sila layari laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM menu Undergraduate – Convocation di capaian : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

Mohon rujuk Panduan Ringkas Pengesahan Kehadiran Graduan UUM dan Manual Penggunaan Aplikasi UUMCONVO.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.