HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 –

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 20 Mei 2024 (Isnin) sehingga 30 Jun 2024 (Ahad). 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Mei 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA241 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. ​

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “JALINAN MESRA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI PERTAK” BERTEMPAT DI KAMPUNG ORANG ASLI PERTAK, KUALA KUBU, HULU SELANGOR

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “JALINAN MESRA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI PERTAK” BERTEMPAT DI KAMPUNG ORANG ASLI PERTAK, KUALA KUBU, HULU SELANGOR

HULU SELANGOR, 18 APRIL 2024

Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Pertak dengan slogan “We Care Together” telah diadakan oleh 32 orang pelajar Program Separuh Masa Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM), Kampus Kuala Lumpur yang di ketuai oleh Askalani bin Sapii dan di bawah seliaan Puan Nor Alwani Abd Wahab, Pensyarah Kursus VKMB 2041.

Program ini yang berlangsung semalam telah dirasmikan oleh Pengarah PACE UUM, Professor Madya Dr Herman Shah bin Anuar, dihadiri oleh En Azri a/l Satun Pegawai Jakoa Daerah Hulu Selangor, Dr. Nur Farhah binti Mohamad Pegawai Pergigian Jabatan Kesihatan Pergigian Hulu Selangor, Tok Batin Ali bin Chapek dan turut disertai oleh lebih 100 orang masyarakat orang asli dari pelbagai peringkat umur.

Dalam mengukuhkan taraf hidup dan kesejahteraan komuniti tersebut, Pelajar telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Pergigian Hulu Selangor untuk memberikan perkhidmatan kesihatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kesihatan seperti ceramah kesihatan mulut, pemeriksaan pergigian dan rawatan serta pameran kesihatan.

Selain itu, para pelajar PACE UUM juga telah menyampaikan sumbangan barang makanan kering kepada setiap keluarga yang diperolehi daripada hasil kutipan pelajar, tajaan beberapa pihak swasta dan orang persendirian.

Program ini diharapkan dapat memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada masyarakat orang asli dan mengeratkan hubungan antara pelajar PACE UUM dengan masyarakat orang asli.


Sekian

HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER APRIL 2024/2025 (JA241) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER APRIL 2024/2025 (JA241) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025

Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.

KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR

A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU

K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN

C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025(JJ241)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati, Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Januari Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 22 April 2024 (Ahad).

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2024/2025 Program Separuh Masa PACE akan diadakan pada 24 hingga 29 Mei 2024 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PACE UUM.


2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025: 28 APRIL 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025:  28 APRIL 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan :Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran

Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 April 2024(Ahad) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat  Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu  Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan  dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.