HEBAHAN: INFO-INFO PENTING BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35

HEBAHAN: INFO-INFO PENTING BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Para graduan yang akan bergraduat pada 23 hingga 27 Julai 2023 nanti anda boleh dapatkan info berkaitan majlis konvokesyen seperti:

  • Senarai graduan
  • Surat jemputan
  • Tatacara pakaian majlis konvo
  • Sidang sesi
  • Jadual pengambilan dan pemulangan jubah
  • Lain-lain info

Dilaman sesawang: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

Sekian, terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2023/2024 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 21 Mei 2023 (Ahad). 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semesterdiadakan agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA231 melalui platform UUM Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39​ atau secara bersemuka(merujuk ketetapan Penyelaras Kursus ikut kursus masing – masing).

Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300, dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 9 Mei 2023.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

HEBAHAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEBAHAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Hebahan rasmi berkaitan Majlis Konvokesyen ke – 35 Universiti Utara Malaysia sila layari laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM menu Undergraduate – Convocation di capaian : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Januari Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 8 Mei 2023 (Isnin).

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2023/2024 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 23 hingga 30 Mei 2023 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PJJ UUM. 
  2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 
  3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.