NOTIS PENTING: HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

 

 HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS)

SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula

16 Oktober hingga 24 November 2022.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.

Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Skip to PDF content

HEBAHAN: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023(JJ222)

HEBAHAN: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023(JJ222)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2022/2023(JJ222) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2022 (Jumaat).    

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 14 hingga 21 November 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/
  2. Jadual Peperiksaan akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
  3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [14  – 21 Oktober 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 
  4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  


    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKEYSEN KALI KE 34

 

 NOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


HEBAHAN MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKESYEN KALI KE 34

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi menghargai kejayaan menamatkan pengajian. Bagi tujuan pelaksanaan Majlis Konvokesyen ke-34 pohon semua graduan 2021untuk mengambil tindakan berikut:

  1. Membuat semakan nama graduan 2021 & sesi konvokesyen melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA)(http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUM CONVO versi Bahasa Melayu mulai 6 Oktober 2022 seperti di url ini [KLIK DISINI]
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Kali Ke 34 melalui aplikasi UUM CONVO mulai 6 Oktober 2022 hingga 16 Oktober 2022.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sekian, harap maklum.


Pejabat Timbalan Naib Canselor ​
(Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Utara Malaysia


5 Oktober 2022

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 (JA221) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 10 Oktober 2022 (Isnin) di url : https://portal.uum.edu.my
  2. Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran sepenuhnya agar tidak dihalang semasa membuat semakan keputusan peperiksaan akhir melalui Portal UUM menu Academic – Result – Examination Result UG. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
  4. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
  5. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
  6. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 25 Oktober 2022(Selasa). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
  7. Kalendar Akademik Semester Oktober Sesi 2022/2023, seperti di klik url ini :https://drive.google.com/file/d/1-3JC90TZRnLd7layVd4VZui_8KKf_ph4/view?usp=drivesdk
  8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2022/2023 akan dimaklumkan pada masa terdekat.
  9. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.