PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026

PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,

PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026

Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dimuat turun pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan – Makluman Pengijazahan/Konvokesyen – Borang Semakan Kursus untuk Pelajar Semester Akhir/Borang Pengijazahan – Pilih borang pengijazahan ikut program melalui laman web PACE UUM.

📣PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2026

🎓Tuan-tuan dan puan-puan yang:
1. telah ambil dan lulus semua kursus yang dicadangkan dalam struktur akademik
bagi kemasukan masing-masing.
2. telah ambil dan lulus ujian MUET (tempoh sah laku 5 tahun).
3. telah menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.

🎓Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk:
1. melengkapkan borang pengijazahan. Borang pengijazahan boleh diperoleh
daripada Laman Sesawang PACE UUM.
2. merujuk Panduan Pengijazahan dipautan di lampiran :
bagi mengisi borang tersebut.
3. cetak dan menyerahkan borang pengijazahan di Kaunter Pejabat PACE
Waktu Pejabat | Ahad – Rabu waktu pejabat tamat jam 5.00 petang | Khamis
waktu pejabat tamat jam 3.30 petang; atau di pos kepada alamat berikut:

📝Unit Pengijazahan PACE,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, 06010
Sintok, Kedah.

PENTING :-

1. Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan lengkap dicetak melalui pos ataupun penghantaran melalui Kaunter Pejabat PACE.

2. Penghantaran borang pengijazahan melalui emel adalah tidak diterima.

3. Panduan Pengijazahan klik url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/Panduan-Pengijazahan-Pelajar-PACE-2024.pdf

4. Borang Pengijazahan lengkap akan diproses dan dipanjangkan kepada Unit Pengijazahan – Hal Ehwal Akademik UUM untuk dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa universiti.

5. Senarai nama pelajar semester akhir layak bergraduasi tahun 2026 akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.

6. Hebahan Tarikh Konvokesyen 2026
UUM akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2026/2027 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 03 Mac 2026 (Selasa) sehingga 17 Mac 2026.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 12 Mac 2026 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ261 diadakan secara dalam talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Terima kasih.

HEBAHAN : TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD

HEBAHAN : TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 MAC 2026 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ261 melalui Portal UUM adalah pada 28 Februari 2026.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my. Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Oktober Sesi 2025/2026 (JA252 dan JO251) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 12 April 2026 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my ​ 
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Pelajar TIDAK MEMPUNYAI HUTANG YURAN TERTUNGGAK DIBENARKAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA.  Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 26 April 2026 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester April Sesi 2026/2027 (JA261 dan JO252) : Pelajar – Program Separuh Masa dan Program ODL UUM – Jadual Kuliah – SEMESTER APRIL SESI 2026/2027– Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing (mod Separuh Masa)

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan​.

11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.